Thursday, January 28, 2016

Soal Jawab Buah Manggis Oleh Dr Templeman MD

Soalan :
Saya mengalami alahan terhadap banyak jenis makanan. Adakah buah manggis selamat untuk saya ?

Jawapan :
Manggis adalah sejenis buah, oleh itu ada orang akan mengalami reaksi alahan terhadapnya. Tetapi kesan alahan itu tidak membahayakan nyawa. Kesan-kesan alahan yang paling biasa adalah ruam kulit, dimana kemerahan dan bengkak pada kulit dan kerap buang air besar. Disamping itu kadangkala pening-pening dan sakit sendi. "Tetapi" komplikasi-komplikasi ini boleh jadi juga disebabkan oleh "krisis penyembuhan" atau "reaksi penya htoksin". Untuk mengatasi masaalah ini, kite boleh mengurangkan dos pada permulaan (kadangkala sehingga 5ml atau satu sudu kecil), selepas itu sedikit demi sedikit meningkatkan dosnya dalam tempoh beberapa minggu akan menyebabkan reaksi penyembuhan dan kesan penyahtoksinan hilang. Jika kesan alahan tetap ada dan semakin teruk, individu terbabit tidak boleh memakan buah tersebut. Secara alternatif, untuk mengetahui samaada reaksi disebabkan oleh buah manggis, hentikan penggunaannya selama seminggu, kemudian mulakan semula untuk melihat sekiranya kesan itu berulang.

Soalan :
Adakah jus buah manggis selamat untuk kanak-kanak dan bayi ?

Jawapan :
Pertama dan terutama, manggis adalah sejenis buah, oleh itu makanlah ia seperti anda makan buah-buahan lain. Seperti jus epal dan oren, adalah selamat untuk kanak-kanak, begitu juga jus manggis. Bagi bayi pula termasuk kes istimewa sehingga usia mencapai 12 bulan, bayi mempunyai :leaky gut" ataupun perut yang mudah bocor. Jadi bayi tidak seharusnya diberikan jus sehinggalah buah-buahan diperkenalkan dalam diet mereka (bayi), jumlah 1 - 2 sudu kecul dicampurkan ke dalam makanan dapat dipertimbangkan mengikut keadaan.

No comments:

Post a Comment